Wednesday, July 16, 2008

KOPERASI - Sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.

ANGGOTA KOPERASI - Termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota koperasi selepas pendaftarannya (Seksyen 2 Akta Koperasi 1993)

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI - Mengikut seksyen 2 Akta Koperasi 1993, termasuklah:-
a. keanggotaan sukarela dan terbuka;
b. pengurusan yang demokratik;
c. pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota;
d. pembahagian keuntungan dengan saksama;
e. penggalakan pendidikan koperasi; dan
f. bekerjasama dengan aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar.

No comments: