Friday, July 18, 2008

Sijil Pendaftaran Koperasi


Wednesday, July 16, 2008

Koperasi fungsi perkhidmatan adalah merupakan lain-lain koperasi yang melibatkan aktviti dan kegiatan selain daripada aktiviti yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna, perladangan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perumahan. Antara perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi fungsi ini ialah pengurusan dana, penyelenggaraan bangunan dan kawasan perumahan, sewaan bangunan/lot-lot gerai, pusat asuhan kanak-kanak, kelas komputer, pusat pembayaran bil dan seumpamanya.
KOPERASI - Sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.

ANGGOTA KOPERASI - Termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota koperasi selepas pendaftarannya (Seksyen 2 Akta Koperasi 1993)

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI - Mengikut seksyen 2 Akta Koperasi 1993, termasuklah:-
a. keanggotaan sukarela dan terbuka;
b. pengurusan yang demokratik;
c. pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota;
d. pembahagian keuntungan dengan saksama;
e. penggalakan pendidikan koperasi; dan
f. bekerjasama dengan aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar.

Sunday, July 13, 2008

Sunday, July 6, 2008

Koperasi Pekerja Swasta Pulau Pinang Bhd

Layari http://www.kopesta.com.my/ untuk informasi terkini perkembangan Koperasi. Program terkini iaitu pulangan sehingga 35% bagi setiap 3bln kontrak 1thn kini dibuka untuk anggota. Rebutlah Peluang Untuk Menjana Pendapatan Anda

Wednesday, July 2, 2008